Skip to main content

Dia Menjerit Panggil Ibu, "Quraitun Ain" Masih Tidak Tahu Kejadian Yang Menimpa Ayah, Ibu Dan Adiknya.


Anak pasangan Musa Abdullah, 31, dan Norsuraya Mohd Noor, 30, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Kampung Semat, Batu 14, pada Ahad lalu masih belum mengetahui ibu bapanya, datuk dan neneknya serta adik lelakinya meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Menurut ibu saudaranya Nor Syuhada Mohd Noor, 29, meskipun keadaan anak saudaranya itu Nur Quraitun Ain Musa, 5, telah sedar, namun mereka sekeluarga masih tidak sampai hati untuk memaklumkan tentang keadaan yang berlaku memandangkan kesihatannya belum mengizinkan.

“Dia (Nur Quraitun) masih belum tahu keadaan sebenar, biarlah keadaannya benar-benar pulih baru kami sepakat untuk memaklumkan kepadanya.

“Semasa dimasukkan ke wad pada malam pertama (hari Ahad), dia ada meracau-racau memanggil ibunya mungkin kerana terkejut dengan kemalangan yang berlaku, malah sehingga sehingga kini selalu juga dia memanggil ibunya jika kesakitan,” katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh hari ini.

Selain itu, katanya anak saudaranya itu masih trauma dan takut apabila menerima kehadiran pelawat dan akan menjerit memanggil ibunya.

Nor Syuhada yang kini hamil tiga bulan turut menyatakan kesediaan untuk menjaga Nur Quraitun dan akan mengambilnya sebagai anak angkat secara sah apabila kanak-kanak itu keluar dari hospital kelak.

Selain ibu bapa Nur Quraitun, adik lelakinya Muhammad Zulkarnain, 3, serta datuk dan neneknya Mohd Noor Che Mat, 78, dan Hashimah Ismail, 66, turut maut dalam kemalangan yang berlaku pada 2.30 petang Ahad lalu.

Semasa kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Jengka 6 selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Hulu Langat Selangor.

Kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah Proton Iswara sebelum bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata kerajaan negeri bersedia untuk menanggung perbelanjaan persekolahan Nur Quraitun untuk memastikan pendidikannya terjamin.

“Sebelum ini kita telah membantu menguruskan perbelanjaan urusan pengebumian kelima-lima mangsa menggunakan dana UMNO Maran dan bagi pihak kerajaan negeri kita juga telah memaklumkan kepada keluarga terdekat supaya memberitahu kita sebarang perkembangan jika memerlukan bantuan,” katanya yang turut berada hampir setengah jam melawat mangsa di HOSHAS.

Beliau turut memberi sumbangan RM1,000 kepada mangsa. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...