Skip to main content

Video: Isteri Pernah Buat Laporan Polis Terhadap Suami - Polis


SEORANG lelaki yang dipercayai menjalin hubungan dengan isteri orang cedera dipukul selepas ‘kantoi’ dengan suami wanita berkenaan, ketika mereka berada dalam kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Kuala Besut di Jertih, hari ini.

Rakaman video berdurasi dua minit 50 saat mengenai kejadian dan kekecohan pada 1.45 tengah hari itu tular di laman sosial sejak petang hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suami wanita berkenaan dikatakan menangkap pasangan itu ketika mereka berada di dalam kenderaan di hadapan bank terbabit.


Beberapa lelaki dipercayai orang awam yang berada di lokasi kejadian turut berang dengan kejadian itu sebelum menarik lelaki berkenaan keluar dari kereta dipercayai milik wanita itu.

Dalam rakaman video itu, lelaki berkenaan disepak, ditendang dan dipukul di bahagian badan dan kaki oleh beberapa lelaki, selain ditumbuk dan ditampar di muka.

Mangsa berusia 30-an mengaku mengenali wanita berkenaan di laman sosial Facebook dan bertemu di pekan Kuala Besut hari ini.

Lelaki berkenaan yang datang dari Kuala Lumpur mendakwa tidak mengetahui status wanita berkenaan sebagai isteri orang, sebaliknya memaklumkan kononnya wanita itu mengaku berstatus janda.

Wanita berkenaan turut dilihat menjerit dan cuba mempertahankan lelaki berkenaan dengan melindunginya daripada dipukul beberapa kali, menyebabkannya turut terkena pukulan sehingga akhirnya lemah dan tersembam ke atas jalan.

Kejadian menyebabkan kawasan persekitaran bank berkenaan kecoh dan dikerumuni orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, wanita dan lelaki berkenaan dibawa orang awam ke Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian, bagaimanapun tiada sebarang laporan dibuat.

“Memang mereka dibawa ke balai, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua mangsa yang dipukul atau suami wanita berkenaan mengenai kejadian.

“Mengikut rekod kami, wanita berkenaan mempunyai masalah rumah tangga dan sebelum ini pernah membuat laporan polis berkaitan kes keganasan rumah tangga,” katanya. - Harian Metro




Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...