Skip to main content

Menteri Menangis Baca Surat Petani.


MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan seorang petani pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya di Serdang, hari ini.

Suara beliau tersekat-sekat ketika membaca surat itu, yang mengundang rasa sedih hadirin yang hadir pada majlis berkenaan, malah ada hadirin yang turut menitiskan air mata.

Surat berkenaan diserahkan wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud, 77, ke tangan Salahuddin sendiri sebagai gimik pelancaran hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Surat yang dibaca Salahuddin itu antara lain meluahkan kebimbangan dan kegusaran petani serta nelayan dengan pemotongan elaun sara diri kumpulan berkenaan.

Ibas, yang dipanggil Wak Ibas, turut berada di atas pentas ketika surat itu dibaca Salahuddin.

Ketika sebak membaca surat itu, isteri Salahuddin, Datin Fatimah Taha, turut menenangkan beliau dengan menepuk- nepuk bahunya. Fatimah juga dilihat mengesat air matanya dengan tisu.

Selesai membaca surat itu, Salahuddin berkata, selagi memimpin kementerian itu, beliau akan berusaha memastikan golongan petani dan nelayan akan terus di bantu.

Selesai itu, Salahuddin kemudian menjemput Wak Ibas minum kopi bersama beliau.

Aksi Salahuddin yang bersahaja meminta maaf kepada Wak Ibas kerana tidak menyediakan kuih-muih mengundang ketawa hadirin.

Salahuddin, dalam ucapan pelancaran Hala Tuju kementerian itu berkata, walaupun surat itu yang diserahkan Wak Ibas hanyalah gimik pelancaran tetapi isi kandungan surat berkenaan adalah luahan sebenar petani dan nelayan.

“Selagi nyawa dikandung badan dan saya diberikan amanah menerajui kementerian ini, saya akan membela nasib warga petani, nelayan dan penternak ini.

“Semoga Allah memelihara diri saya untuk membawa amanah ini kerana wajah seperti Wak Ibas hanya dapat diubah jika kita menunaikan tanggungjawab diberika dan tidak membiarkan lagi mereka terus miskin,” katanya.

Wak Ibas, yang ditemui selepas majlis itu berkata, beliau juga hampir menangis apabila Menteri menangis membaca surat yang beliau serahkan itu.

“Saya pun rasa macam hendak menangis apabila tengok Menteri menitiskan air mata, itu bukan gimik, memang betul dia (Salahuddin) menangis, saya nampak basah lengan bajunya terkena air mata,” katanya.

Ditanya mengenai surat itu, katanya kandungan surat itu adalah luahan rasa beliau dan kawan-kawan, yang hari ini diserahkan sebagai gimik pelancaran.

“Walaupun gimik, surat itu betul, bukan sengaja direka, memang saya dan rakan mahu meluahkan isi hati nasib warga petani ini kepada menteri,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...