SITUASI luar jangka sering berlaku dalam pertandingan ratu cantik seluruh dunia.
Tahun 2015 menyaksikan peristiwa ‘hitam’ berlaku pada pentas akhir Miss Universe saat Steve Harvey tersalah umum nama pemenang.
Kesilapan tersebut merupakan satu kesilapan paling bersejarah yang pastinya terpahat dalam hati peserta dan peminat pertandingan tersebut sehingga ke hari ini.
Terbaharu sebuah video pertandingan Miss Africa 2018 tular di media sosial.
Video tersebut menayangkan rambut ratu cantik dari Congo, Dorcas Kasinde terbakar saat dimahkotakan sebagai pemenang pertandingan.
Ini terjadi selepas percikan bunga api yang mengiringi momen kemenangannya terkena bahagian rambut afronya.