Skip to main content

Madu Bertukar Pahit


Kuala Lumpur: Mengaku miliki ladang sarang madu kelulut terbesar di Asia Tenggara. Itu taktik digunakan seorang lelaki yang menawarkan pelaburan madu kelulut selain mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penipuan pelaburan berkenaan.

Malah, lelaki berusia 60-an itu sanggup mengadakan sesi ceramah di seluruh negara bagi memperkenalkan produk madu kelulut kepada mangsa yang didakwa dihasilkan dari ladang miliknya termasuk di Indonesia serta Johor.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, 58, memaklumkan dia kerugian RM36,000 selepas membeli 10 lot (sarang) dan saham bagi 20 lot dengan lelaki terbabit selepas mengikuti lawatan ke ladang kelulut di Johor beberapa kali sejak September 2016.

Katanya, dia tertarik menyertai pelaburan itu selepas ditawarkan komisen RM50 setiap bulan bagi satu lot serta bonus RM120 setiap enam bulan bergantung kepada pengeluaran madu.

“Setiap lot dibeli pada harga RM1,200. Berdasarkan pengiraan saya, kami boleh mendapat keuntungan melebihi modal iaitu beberapa ratus untuk setiap lot bagi tempoh dua tahun melalui pelaburan ini.

“Bagaimanapun, saya hanya dapat merasa wang komisen dan bonus selama tujuh bulan sebelum individu itu menghilangkan diri,” katanya.

Mona berkata, dia merasa tertipu dengan kata-kata manis lelaki terbabit yang meyakinkan pelaburan itu membawa keuntungan lumayan dan sudah terbukti berjaya sebelum ini memandangkan pasaran syarikat melitupi seluruh Asia Tenggara.

“Kami dimaklumkan lelaki itu memiliki banyak ladang namun dia hanya membenarkan lawatan ladang di Johor saja dengan alasan sarang itu sensitif dengan persekitaran, sekali gus mengganggu pengeluaran madu.

“Sepanjang tempoh lawatan di ladang berkenaan, saya tidak pernah ditunjukkan lot yang dibeli dan dimaklumkan lot terbabit diletakkan di ladang lain,” katanya yang juga suri rumah.

Katanya, dia dimaklumkan oleh mangsa yang lain bahawa ada suami isteri di Lahad Datu, Sabah yang kerugian RM360,000 selepas membeli 300 lot sarang kelulut dari suspek.

“Saya difahamkan lelaki itu sanggup turun hingga ke Lahad Datu untuk memperkenalkan pelaburan itu. Malah, difahamkan dia membawa sekali contoh produk berserta dokumen dan gambar yang dijadikan bukti kononnya pelaburan itu berjaya memandangkan kebanyakan mangsa di sana tidak dapat datang ke Johor untuk melawat ladang,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...