Skip to main content

Isu LGBT Di Malaysia Masih Terkawal - Mujahid


KUALA LUMPUR - Kerajaan memaklumkan isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di negara ini masih di bawah kawalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kita juga tidak terlalu mudah menghukum bencana yang berlaku di Palu, Indonesia sebagai bala berkaitan LGBT.

"Ada pun dalam keadaan kita hari ini, isu LGBT walaupun ia merupakan satu permasalahan tapi masih di bawah kawalan. Saya tidak rasa kita terlalu mudah menghukum bala itu hanya dengan membuat satu-satu contoh, maka akan tiba satu bala.

"Yang perlu kita buat dan bincang ialah bagaimana menanganinya sebagai tanggungjawab kita menjaga supaya perkara ini tidak berleluasa," katanya menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa-PH) di Dewan Rakyat.


Nik Nazmi minta penjelasan menteri tentang tindakan menghukum sesuatu sebagai bala tanpa asas yang betul dari sudut agama merujuk kepada soalan tambahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk-BN).

"Kita lihat situasi di Malaysia turut membimbangkan di mana kita tahu kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu baru-baru ini dikhabarkan terdapat lebih kurang 1,000 mereka yang terlibat dlm aktiviti berkenaan. Akibatnya seluruh kawasan itu diranapkan. Ini adalah hukuman ALLAH.

"Soalan saya, sejauh mana keberkesanan Program Mukhayyam Jakim supaya dapat mengelakkan hukuman ALLAH?," tanyanya

Sebelumnya Mujahid berkata sebagai Muslim kita perlu menerima bahawa tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin ALLAH SWT.

"Soalan (Setiawangsa) ini berkaitan dengan kenyataan dibuat Bagan Datuk tadi berkenaan kejadian di Palu. Sebagai seorang Muslim sudah tentu ya Setiawangsa... ALLAH berfirman tidak ada sesuatu bala yang menimpa tanpa izin ALLAH dan kepada ALLAH orang-orang yang beriman bertawakal bahawa semuanya datang daripada ALLAH.

"Kalau kita mengkaji kisah kaum-kaum yang dihancurkan dan mungkin di sini dirujuk kepada kaum Luth. Perbuatan mereka itu terlalu terserlah. Dalam kata lain mereka tidak segan silu melakukannya secara terbuka dan kerana itulah maka diturunkan bala," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...