Skip to main content

ada Individu Menawarkan Jadi Isteri Kedua, 'Saya Bukan Nak Cari Suami'


“SELEPAS kedaifan kami sekeluarga mendapat liputan akhbar, pelbagai pihak menghubungi saya untuk menawarkan rumah dan menjadi isteri kedua," kata Miss Najwa Lipayang, 31 yang terpaksa tinggal di dalam stor kedai kerana kesempitan hidup.

Najwa berkata, baru-baru ini, seorang individu yang berhati mulia membayarkan wang deposit rumah sewa selama dua bulan di Jalan Bayam untuk mereka tinggal buat sementara waktu.

"Kami boleh memasuki rumah sewa itu pada bila-bila masa.

"Tetapi dalam tempoh dua bulan itu juga, saya akan cuba mencari rumah sewa lain yang lebih murah mengikut kemampuan kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang lain," katanya di Kota Bharu, semalam

Menurutnya, ada juga individu yang menawarkannya untuk dijadikan isteri kedua, namun dia menolaknya dengan baik.

"Saya bersyukur kerana ramai pihak prihatin dengan nasib kami sekeluarga, namun saya bukannya mahu meraih simpati dengan mencari calon suami tapi mahukan bantuan ikhlas daripada ihsan yang sanggup membantu kami sekeluarga.

"Selepas bercerai awal tahun ini, tidak pernah terdetik sedikit pun di hati saya untuk berkahwin kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil selain tidak mahu membebankan orang lain," katanya.

PENGERUSI Yayasan Amal Dato Zul Wisma, Datuk Dr Zulkepli Mohamad (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Miss Najwa Lipayang (duduk tiga kanan) ketika ditemui di stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus. FOTO Hazira Ahmad Saidi

Terdahulu keluarga ini menerima kunjungan daripada Yayasan Amal Dato Zul Wisma yang diketuai Pengerusinya, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.

Dalam kunjungan itu, pihak yayasan turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kedaifan yang dialami menyebabkan enam beranak ini terpaksa tinggal di dalam stor kedai berhadapan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad sejak tiga tahun lalu.

Ibu tunggal berkenaan bersama empat anak yang berusia antara dua hingga 10 tahun dan ibunya, Ruzana Ahmad, 53, menumpang di stor itu atas keizinan penyewa bangunan kedai yang bersimpati dengan kemiskinan mereka sekeluarga.

Stor yang dihuni hanya ada satu ruang dan di situlah tempat mereka tidur dan makan.

Sementara itu, Zulkepli berkata, pihaknya terpanggil untuk mengunjungi dan melihat sendiri kedaifan keluarga ini selepas menerima maklumat daripada liputan akhbar, Facebook (FB) dan WhatsApp.

"Saya dapati keluarga ini dikategorikan sebagai keluarga daif kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang sempurna dan menumpang di stor.

"Insya-Allah, saya akan panjangkan perkara ini kepada pihak sepatutnya yang boleh membantu serta mempertimbangkan bantuan kepada keluarga ini dari semasa ke semasa," katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...