Skip to main content

Remaja 13 Tahun Diculik Dan Dijadikan Gundik Jin Selama 15 Tahun Oleh Bomoh.


Sulawesi - Seorang bomoh telah ditahan oleh pihak polis selepas di dakwa telah meculik seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan disembunyikan di celah batu besar untuk dijadikan gundik jin selama 15 tahun.

Kini mangsa yang dikenali sebagai Hasni telah pun berusia 28 tahun ditemui di celah batu besar berhampiran rumah bomoh berkenaan.

Mangsa telah ditemui di Desa Bajugan, Tolitoli di Sulawesi Tengah pada Ahad yang lalu selepas 15 tahun di sembunyikan di situ.

Menurut pihak polis, Hasni telah ditemui di situ selepas keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung anak mereka yang telah diculik sejak 15 tahun yang lalu.

Keluarga mangsa hanya membuat laporan polis selepas mendakwa telah menerima maklumat bahawa wanita tersebut telah disembunyikan oleh seorang dukun yang dikenali sebagai Jago, 83 tahun di Desa Bajugan.

Menurut jurucakap polis, M Iqbal Alqudusy memberitahu bahawa beberapa anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian yang turut di bantu oleh penduduk kampung untuk melakukan pencarian di rumah dukun tersebut.

Hasil pencarian mereka telah menemui mangsa yang disembunyikan oleh dukun tersebut di celah batu besar yang terletak di belakang kediamannya.

Susulan penemuan mangsa culik berkenaan, pihak polis telah menangkap bomoh berkenaan, malah bomoh tersebut juga telah mengakui bahawa dia telah menculik wanita itu untuk tujuan di jadikan alat untuk memanggil dan menjadi gundik kepada jin. - Harian Metro

 Jago mengaku menculik Hasni

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...