Skip to main content

Perompak Tinggalkan Nota Minta Maaf, Lepas Rompak Jiran Sebelah Rumah.


Perak - Seorang lelaki telah meninggalkan sepucuk nota permintaan maafnya kepada mangsa selepas melakukan pecah rumah serta rompakan terhadap jirannya sendiri di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby, lelai tersebut yang berusia 29 tahun telah memecah masuk serta merompak rumah jirannya sendiri yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi di sebuah pangsapuri Jalan Tun Abdul Razak di Ipoh pada hari ini.

Guru wanita tersebut yang berusia 28 tahun memberitahu bahawa dia sedang tidur di ruang tamu rumahnya itu sebelum terjaga selepas terdengar bunyi bising di dalam rumahnya.

Lelaki berkenaan kemudiannya telah bertindak menindih badannya di bahagian belakang dan telah mengacukan pisau ke leher mangsa  serta menyumbat kain ke dalam mulutnya.

Tidak cukup dengan itu, suspek juga dikatakan telah menghentak kepala mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa lemah dan hampir pengsan disebabkan menanggung kesakitan akibat hentakkan tersebut.

"Apabila melihat keadaan mangsa lemah, lelaki itu memperkenalkan dirinya bahawa dia jiran sebelah rumah. Mangsa kemudian menyerahkan beg duit miliknya kerana takut dirinya diapa-apakan,” katanya dalam kenyataan di Ipoh malam ini.

Malah menurut laporan, Mohd Ali memberitahu bahawa sebelum suspek beredar melalui tingkap stor rumah mangsa, suspek sempat memberitahu bahawa dia telah mengambil duit mangsa berjumlah RM 1,400 serta meminta maaf dan memohon agar mangsa tidak akan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Setelah lelaki itu beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa,” katanya.

Walaubagaimanapun mangsa kemudiannya telah memaklumkan kejadian yang menimpanya itu kepada suaminya yang ketika itu sedang bekerja dan memintanya supaya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Bertindak selepas menerima laporan tersebut, suspek akhirnya berjaya ditangkap hari ini bersama wang tunai berjumlah RM1,400 dipercayai duit hasil rompakan tersebut serta pemotong dawai dan telefon bimbit milik suspek.

“Suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini,”katanya sambil menambah mangsa telah dua tahun mengenali suspek sebagai jiran. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut