Skip to main content

Kes 1MDB Dan RM2.6 Bilion Boleh Di Bincangkan Di Parlimen


Perintah larangan dua tahun lalu yang menghalang anggota parlimen daripada membincangkan isu berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion ditarik balik oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada hari ini.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Ariff berdasarkan keputusan kes sivil di mahkamah yang telah pun menolak permohanan yang dibuat oleh bekas perdana menteri, Datuk seri Najib Razak berkenaan derma RM2.6 bilion.

Walaubagaimanapun, anggota parlimen dikenakan larangan oleh Ariff daripada membincangkan hal-hal yang berkait dengan pendakwaan jenayah terhadap Najib bersesuaian dengan perintah larangan memberi ulasan (gag order) yang telah dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai yang lalu.

"Saya telah teliti dan putuskan ia terlibat dengan kes jenayah di mahkamah Malaysia, oleh demikian tidak dibenarkan ia dibincang, dibahas dan disebut di dewan sebagaimana sekatan gag order tersebut.

"Ini adalah bertujuan untuk hormati bidang kuasa mahkamah dan prinsip pemisahan kuasa," kata Ariff.

Keputusan tersebut telah dibuat berikutan permohanan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta penjelasan speaker dewan rakyat pada 25 Julai tempoh hari.

Ismail telah bertanyakan kepada beliau sama ada larangan membincangkan 1MDB dan skandal derma yang dikenakan oleh bekas speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia masih berkuat kuasa ataupun tidak.

Ini kerana Pandikar pernah mengeluarkan perintah larangan Dewan Rakyat membincangkan mengenai skandal 1MDB serta derma RM2.6 bilion pada bulan Mac 2016.

Disebabkan larangan tersebut, Dewan Rakyat telah mendapat kritikan kerana dianggap membisukan anggota parlimen daripada menimbulkan isu-isu kepentingan awam.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut