Powered by Blogger.

Tuesday, August 7, 2018

Kerjasama Pakatan Harapan Dengan IRI Lebih Teruk Dari Isu Surat CIA.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerjasama antara HARAPAN dan International Republican Institute (IRI) lebih teruk berbanding surat yang dihantar ke CIA.

Menurut laporan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu menggesa satu siasatan diadakan terhadap hubungan antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan pertubuhan berpangkalan di Washington.

Najib berkata sebelum ini sesetengah pihak menuduh pentadbirannya dulu melakukan khianat.

"Jika anda tuduh (bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia) Datuk Hasanah Abdul Hamid sebagai mengkhianat, ini jauh lebih teruk kerana merupakan campur tangan secara langsung dalam proses pilihan raya kita.

"Amerika Syarikat sendiri melantik penyiasat bebas untuk menyiasat sama ada campur tangan Rusia dalam pilihan raya mereka memang berlaku.

"Dan ada pengakuan terbuka bahawa mereka (IRI) telah berkerja sejak 2012 untuk mengubah kerajaan (di Malaysia)," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

International Republican Institute menafikan dakwaan ia bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU 9 Mei lalu dan International Republican Institute mengaku pihaknya berkerjasama dengan Barisan Nasional.

Pada Julai lalu presiden International Republican Institute, Daniel Twining berkata Dalam satu forum pertubuhannya berusaha untuk "mengkuhkan" parti pembangkang di Malaysia.

Menurut Daniel Twining beliau ada berjumpa pemimpin kanan Pakatan Harapan selepas kejatuhan Barisan Nasional di "pejabat perdana menteri" - Malaysiakini