Skip to main content

Wanita Dipukul Serta Dihalang Dari Keluar Bekerja.


Kuala Terengganu - Seorang wanita cedera selepas dipukul oleh suaminya hanya kerana dia berdegil untuk pergi bekerja walaupun telah dihalang oleh lelaki berkenaan.

Kejadian di Kuala Ibai tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, ketika mangsa, 38, yang berada di rumahnya di Kondo Rakyat, Kuala Ibai, di sini, hendak keluar bekerja sebelum dihalang oleh suspek, 40 pada Jumaat yang lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, suspek bertindak demikian kerana mahu menggunakan kereta milik mangsa sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.

"Suspek bertindak agresif merampas kunci kereta di tangan wanita itu dan terus masuk ke dalam kereta bertujuan melarikan kenderaan yang digunakan mangsa untuk berulang-alik ke tempat kerja.

"Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.

"Bagaimanapun, semasa di dalam kereta, mangsa ditampar beberapa kali sebelum suspek memandu kenderaan itu dan meninggalkan mangsa di bawah jambatan Kuala Ibai, di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkata, mangsa yang ditinggalkan tanpa belas simpati menghubungi adik iparnya bagi meminta bantuan sebelum dihantar pulang ke rumah.

"Semasa di rumah, sejurus ternampak kelibat suspek, mangsa bertindak menghubungi polis meminta agar datang ke rumah kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

"Bagaimanapun, selepas pihak polis tinggalkan rumah, sekali lagi berlaku perselisihan faham sebelum suspek bertindak menampar dan terkena di hidung mangsa," katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa suspek sebelum ini sering memukulnya terutama apabila berlaku perselisihan faham meskipun hanya perkara kecil.

"Malah mangsa mendakwa pernah beberapa kali membuat laporan polis kerana tindakan suaminya dan pada awal bulan ini, mangsa mendakwa dipukul suspek sehingga patah ibu jari kaki dan lebam di seluruh badan.

"Bimbang perkara sama berulang kembali dan tidak tahan sering menjadi mangsa keganasan suaminya, wanita itu mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya selain sebagai rujukan di Mahkamah Syariah nanti," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika menghubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.- Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...