Video: Polis Berjaya Menahan Tiga Lelaki Curi Kereta.



Bertindak atas maklumat dan semasa membuat rondaan, pihak polis telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dalam keadaan mencurigakan.

Semasa cuba tahan, saspek telah melanggar kereta MPV Kajang di bahagian hadapan. Semakan ke atas kereta dapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang di Nilai pada 13/07/2018.

Tangkapan telah berjaya dilakukan ke atas saspek 3(L) dan semakan dapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah. 

Saspek juga mengaku terlibat beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Kajang.