Skip to main content

Video : Pekerja McDonalds Pukul Pelanggan


Las Vegas - Seorang pekerja McDonald bertindak memukul pelanggangnya selepas pelanggan tersebut dikatakan telah memukulnya dengan menggunakan dulang logam serta menghina ibunya.

Pekerja tersebut yang dikenali sebagai Erika Chavolla, 24 tahun bekerja di Las Vegas McDonalds ketika dia bergaduh dengan seorang pelanggan bernama Sabrinah Fontelar, 24 tahun selepas dia dikatakan cuba mengisi cawan airnya dengan air soda percuma.

Fontelar melalui Instagram miliknya memberitahu bahawa dia merupakan pelanggan yang berada dalam video tersebut yang telah dipukul.

Namun menurut Fontelar yang mendakwa di media sosial bahawa dia telah dilayan dengan teruk ketika kejadian tersebut berlaku.

Namun begitu berbeza dengan Chavolla yang memberitahu bahawa dia tetap menjalankan tugasnya di McDonald's pada hari Khamis selepas kejadian tersebut.

Malah dia turut menunjukkan garis ditangannya kesan daripada dia memukul Fontelar di giginya.

"Ia gila, orang orang berfikir hanya kerana anda bekerja..."katanya melalui video yang disiarkan pada Khamis yang lalu.

"Saya tidak akan memukulnya lagi, jangan cakap tentang momma saya!".

Chavolla berkata bahawa dia amat terkejut bahawa video tersebut telah menjadi tular di media sosial.

"Ia sungguh gila, ia tersebar di mana-mana saja", katanya yang melihat terdapat sesetengah komen negatif yang dilemparkan kepadanya mengenai saiz badannya.

McDonald's bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah pun menyiasat insiden tersebut dan tidak akan membenarkan sama sekali tingkah laku tersebut berlaku di premis mereka.

Namun begitu seorang saksi yang merakamkan video tersebut, Marie Dayag memberitahu bahawa Chavolla tidak bersalah malah Fontelar yang bersalah kerana cuba meletakkan soda dalam cawan air secara percuma.

"Wanita tersebut meminta cawan air dan penyelia tersebut telah menutup mesin air soda kerana tidak membiarkan dia mendapatkan soda percuma,"kata Dayag.

Video yang telah dirakamkan oleh Dayag jelas menunjukkan dua wanita yang bertengkar sebelum tercetusnya pergaduhan dan melalui video tersebut walaupun tidak jelas namun dapat didengari pergaduhan tersebut berpunca dari wang, "kerana anda tidak mampu" kata Chavolla yang dapat didengari.

Rakaman tersebut menunjukkan pergaduhan tersebut hanya tercetus selepas pelanggan tersebut bertindak melemparkan milkshake pada pekerja tersebut menyebabkan Chavolla  menuju ke arahnya tetapi malah Fontelar dilihat mengambil dulang logam dan memukul Chavolla di kepalanya.

Menyebabkan Chavolla menarik rambut Fontelar dan menghujaninya dengan penumbuk di kepala dan mukanya serta telah melemparkannya ke atas meja berhampiran sebelum seorang pekerja yang lain beserta pelanggan berlari ke arah mereka bagi meleraikan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun Fontelar dilihat cuba melawan pekerja lain yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut menyebabkan tercetusnya kembali pergaduhan tersebut apabila Chavolla mencampakkannya ke meja yang lain.

Dapat didengari Chavolla yang menjerit ke arah Fontelar "momma saya tidak mati, anda menghormati momma saya!".-Daily Mail

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...