Video: 'Hutang Kerajaan Bayar, Apa Hal Rakyat Kena Bayar' Kata Ahmad Maslan


Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan mewujudkan Tabung Harapan bagi rakyat membayar hutang kerajaan yang ditinggalkan oleh pentadbiran BN sebelum ini.

Ahmad berkata demikian dalam pencelahan ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang membahaskan ucapan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid berkata tindakan mengutip derma daripada rakyat itu merupakan langkah populis oleh kerajaan PH.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan berhubung isu ketelusan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). - Malaysiakini