Skip to main content

Tabung Free Najib Raih Derma RM86,000 Dalam Masa 1 Hari.


Semalam Penyokong Datuk Seri Najib Razak memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Menurut laporan Malaysiakini, hari Sejumlah RM86,282 telah dikumpulkan tabung bantuan guaman untuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak setakat jam 9.30 pagi ini. Ini meningkat daripada RM11,000 semalam.

Kutipan derma itu dilancar semalam oleh sekumpulan penyokong yang diketuai oleh bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii.

Razlan berkata derma itu sebagai tindak balas terhadap Najib yang tidak dapat membayar wang ikat jamin sepenuhnya.

Pada hari Rabu, Najib mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga tuduhan jenayah pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan transaksi yang melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta. Najib membayar RM500,000 dan akan membayar bakinya pada Isnin ini.

Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Razlan Rafii berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan tenang dan sentiasa senyum apabila dituduh melakukan pecah amanah dan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Razlan berkata demkian selepas hadir bertemu Najib di Jalan Langgak Duta semalam.

Semalam Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.
 

Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam.

Ketika dihubungi Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu ketika ini.

"Jangan kita tinggalkan kawan kita semasa (dia) susah," katanya kepada Malaysiakini.

Razlan berkata Tabung Solidariti Datuk Seri Najib itu dilancarkan hari ini dan setakat awal petang sebanyak RM11,000 sudah terkumpul.

Terdahulu The Star Online melaporkan Razlan sebagai berkata kutipan tabung berkenaan dilakukan kerana setakat ini Najib belum baru dapat menjelaskan keseluruhan jumlah ikat jamin yang dikenakan kepadanya.

Justeru katanya mereka mahu memberikan sokongan moral dan kewangan terhadap Najib.

"Najib hanya dapat membayar RM500,000 dan untuk mencukupkan jumlah jaminan beliau terpaksa menyerahkan surat milik rumahnya," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...