Skip to main content

Syed Saddiq Nafi Bercinta Dengan Cucu Tun Dr Mahathir


Sebelum ini nama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus diperkatakan terutama dalam kalangan wanita.

Menurut laporan Malaysiakini, Syed Saddiq hari menafikan beliau mempunyai hubungan cinta dengan salah seorang cucu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq dengan tegas menyatakan desas-desus itu sebagai palsu.

“Ada tular mesej berhubung perkara itu dan ia tidak benar.

“Cerita itu memang tidak benar,” katanya kepada pemberita di Kementerian Belia dan Sukan, (KBS), Putrajaya hari ini.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu hari ini secara rasmi memulakan tugasnya di KBS selepas sesi serah tugas yang dihadiri menteri terdahulu, Khairy Jamaluddin.

Bak selebriti, sejak memenangi pilihan raya umum ke-14, pada 9 Mei lalu untuk kerusi parlimen Muar, kisah Syed Saddiq sentiasa mencuri perhatian umum.

Beliau kian menjadi sohor di media sosial apabila kisah peribadinya dicungkil dan mendapat perhatian di kalangan pembaca, terutama selepas mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya.

Terdapat spekulasi hubungannya dengan seorang aktres jelita Emma Maembong (atas) tetapi perkara ini dinafikan mereka.
 

Sementara itu, mengulas lanjut gosip berkaitan dirinya, Syed Saddiq berkata, beliau sendiri memang maklum khabar angin berkaitan dirinya sentiasa dijaja orang.

“Terlalu banyak kisah mengenainya sampai saya tidak tahu mana yang benar.

Ibarat pisang goreng panas, kisah peribadinya mengundang perhatian ramai bermula dari tular gambar bersama kekasih, soal jodoh pilihan ibu, beliau ditemubual hos rancangan hiburan MeleTop, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Tidak kurang juga dalam kalangan selebriti tempatan secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap YB baru itu.

Antaranya pelakon Emma Maembong yang memuat naik klip video pendek bersama beliau di akaun Instagram miliknya lima hari lalu.

Bagaimanapun, timbul spekulasi Emma sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu terutama selepas kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, dia sudah tiga tahun mengenali Syed Saddiq dan perkenalan itu bermula sejak sebelum beliau bergiat aktif dalam politik. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...