Skip to main content

"Saya Bukan Rasis, Saya Seronok Jika BN Dan PAS Bergabung - Ellie Suriaty


Kelantangan Ellie Suriaty Omar mengecam Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu dapat dilihat dengan jelas apabila dia sering kali membuat provokasi yang menyokong parti Umno.

Ellie dikatakan tidak rela melihat kerajaan baru memerintah negara ini selepas kerajaan BN telah tewas ketika PRU14 tempoh hari.

Ellie dalam kenyataannya memberitahu bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukkan banyak kelemahan walaupun setelah memerintah negara ini lebih dari dua bulan.

Malah Ellie juga turut memberitahu bahawa dia amat berharap lagi lima tahun akan datang, BN akan mampu untuk merampas kembali kerajaan ini kerana beliau melihat kerajaan di bawah pimpinan HARAPAN menjadi huru-hara buat masa sekarang.

"Bagi saya, HARAPAN hanya mengharapkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sahaja manakala menteri-menteri yang lainnya tidak mempunyai sebarang pengalaman berbeza dengan parti UMNO yang boleh dilihat perdana menteri serta menteri-menteri yang sama handal," kata Ellie ketika ditanya mengapa dia tidak berpuas hati dengan kerajaan HARAPAN.

"Saya bukan nak biadap tapi lihatlah berapa jauh beza Dr Mahathir ketika kali pertama beliau menjadi perdana menteri yang kembali menjadi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan dan kembali semula pada usia beliau 93 tahun, jauh bezanya ketika beliau jadi perdana menteri pada tahun 1981.

Malah menurut Ellie, ketika beliau kembali menyandang jawatan Perdana Menteri pada 2018 ini dilihat Lim Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan tidak pandai menguruskan Malaysia.

"Dia bukan sahaja pandai putar belit dengan mendakwa hutang negara cecah RM1 Trilion malah dia turut dilihat menyalahkan kerajaan terdahulu dan buka pula Tabung Harapan Malaysia bagi membantu negara melunaskan hutang tertunggak.

Kalau betullah ekonomi negara tak kukuh, macam mana pula bekas perdana menteri kita Datuk Seri Najib Razak boleh menjanjikan kenaikan gaji dan banyak insentif untuk penjawat awam," ulas Ellie lagi.

Selain itu ketika ditanya sama ada Ellie berharapkan bahawa berlaku apa-apa kerjasama antara PAS dan BN bagi meraih sokongan masyarakat dalam tempoh lima tahun lagi.

Ellie dengan bersahaja menjawab bahawa dia merasa amat seronok jika BN dan PAS bergabung kerana inilah apa yang saya nanti-nantikan selama ini kerana bagi saya rugilah bagi orang Melayu jika tidak bersatu.

Malah selepas dilihat beberapa kali muncul dalam himpunan yang menyatakan sokongan penuh terhadap institusi beraja, bangsa Melayu dan agama Islam, Ellie telah dikatakan sebagai seorang yang rasis.

Tetapi Ellie telah menjelaskan bahawa jika dia rasis dia tidak akan masuk pertubuhan bukan kerajaan Pergerakkan Sivil dan Hak Asasi Manusia Malaysia (CHaRM) dan Pemantau Malaysia Baru.

Saya hanya bersuara mengenai penindasan terhadap bangsa Melayu dan Islam dan kalau orang kita nak nafikan itu adalah kerugian bagi mereka malah kalau saya tak bersuara adakah isu akan reda sendiri. Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...