Safiey Illias Tak Puas Hati 'Di Hentam' Dr Amalina


Sebelum ini nama usahawan berjaya yang cukup dikenali ramai ini telah menghangatkan media sosial mengenai teman lelakinya menyarungkan cincin emas dijari manis beliau.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Safiey Illias bukan? Sebut sahaja namanya pasti anda akan mengingati kisah sebelum ini dirinya pernah berubah.

Baru-baru ini Safiey Illias dikatakan tidak puas hati dengan seorang insan yang bergelar doktor.Siapa sebenarnya doktor yang diperkatakan oleh Safiey sebenarnya?

Sebagai mana yang anda tahu, Dr Amalina Che Bakri sememangnya aktif dalam memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai supplement di media sosialnya.Namun,sebagai seorang usahawan yang menerajui bidang kecantikan Safiey juga turut terasa dengan sindiran pedas dari Dr Amalina.

Perkara ini mungkin membuatkan berlakukan salah faham di antara Dr Amalina dan Safiey.Di sebabkan itu,Dr Amalina ada memuat naik beberapa screenshot paparan entri yang dimuat naik Saey di Instagram.

Di dalam ig story tersebut Safey ada menyatakan bahawa Dr Amlina telah 'block' Instagram Safiey di media sosial dan apa yang membuatkan Safey tidak puas hati adalah kerana Dr Amalina sering mengutuk semua produk kecantikan termasuk lah produk yang dipromosikan Dato’ Siti sebelum ini.Entri tersebut dipercayai telah dipadam.



Berang dengan tindakan itu,Safey turut mengelarkan doktor Amlina sebagai seorang yang mempunyai masalah mental disorder,bukan itu sahaja Safey juga turut menjelaskan bahawan Dr Amlina pernah memanggilnya dengan panggilan 'pondan'.

Menurut satu sumber,Dr Amalina ada menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memnggilnya dengan panggilan sebegitu apatah lagi menyekat Instagram Safey.

Ternyata Dr Amalina seorang yang sangat bijak dalam menyelesaikan masalah,beliau menasihtakan supaya Safey lebih profesional dalam berhadapa dengan situasi sebegini.Beliau berbuat sedemikian adalah hanya menjalankan tanggungjawannya sebagai seorang doktor sahaja,dan tidak berniat mahu menjatuhkan mana-mana bisnes ahli perniagaan produk kecantikan di Malaysia.


Salah seorang netizen turut bersetuju dengan pendapat Dr Amalina yang hanya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor untuk memastikan orang awam tidak terpedaya dengan supplemen-supplemen yang tidak iktiraf oleh KKM dan sekaligus boleh merosakkan tubuh badan kita.




Walau bagaimanapun,Dr Amalina meminta supaya ianya dapat berakhir dengan lebih profesional dan beliau tidak akan berhenti untuk menasihat orang ramai dari menggunakan produk-produk timbang kilo yang semakin berleluasa di Malaysia.