Skip to main content

Rosmah Tinggalkan Kediaman Selepas Najib Ditahan.


Selepas Penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat meninggalkan kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hanya beberapa minit selepas tengah malam tadi.

Menurut laporoan Malaysiakini, Rosmah dilihat menaiki kenderaan SUV putih dan diekori sebuah lagi kenderaan SUV berwarna hitam.

Malaysiakini difahamkan Rosmah bermalam di rumah anak perempuannya Nooryana Najwa Najib.

Sebelum ini, kumpulan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah dilihat memasuki dan meninggalkan kediaman tersebut.

Peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah muncul di kediaman di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur beberapa jam selepas penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kira-kira pukul 9.30 malam tadi, kenderaan SUV hitam yang didaftarkan di bawah nama Shafee dilihat memasuki kawasan kediaman Najib.

Shafee turut berada di ibu pejabat SPRM sekitar 8.40 malam tadi, lapor Kosmo.

Bekas perdana menteri itu ditahan oleh SPRM petang tadi berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan akan didakwa di mahkamah esok.

Terdahulu, kenderaan adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nizam Razak, turut dilihat memasuki kawasan kediaman berkenaan.

Nizam kemudian dilihat meninggalkan kediaman itu sekitar 10.30 malam semalam.

Semalam Najib telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah beliau di Jalan Langgak Duta kira-kira pukul 3 petang.

Menurut laporan, pihak SPRM sendiri telah mengesahkan penahanan itu adalah bagi tujuan membantu siasatan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang sedang dalam siasatan pihak mereka.

Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman pada pagi tadi. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...