Skip to main content

Polis Macau Pertikaikan Kenyataan Media Polis Malaysia


Polis Macau mempertikai kenyataan media oleh polis Malaysia berhubung permintaannya untuk mendapat bantuan bagi menangkap ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Low Taek Jho.

Dalam kenyataan dikeluarkan kepada wartawan tempatan yang diterima Malaysiakini, Jabatan Polis Persekutuan Macau berkata ia kesal apabila polis Malaysia menyebarkan "berita mengenai Macau yang tidak sejajar dengan fakta,".

Bagaimanapun, pihak berkuasa itu tidak mengulas lanjut.

"Interpol China cawangan Macau telah menerima permintaan dari negara yang berkenaan dan telah memberikan jawapan.

"Bagaimanapun, individu bertanggungjawab atas pernyataan media baru-baru ini oleh pasukan polis negara yang berkaitan tentang berita mengenai Macau adalah tidak sejajar dengan fakta.

"Pasukan polis sangat kesal mengenai perkara ini. Mengikut peruntukan undang-undang, polis Macau tidak secara terbuka mendedahkan maklumat masuk dan keluar individu," kata kenyataan itu.

Malaysiakini telah menghubungi polis Macau untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai maklumat khusus yang didapati tidak tepat itu.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau untuk bertindak ke atas ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diburu berkaitan skandal 1MDB.

Menurutnya, polis telah menghantar surat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa Macau namun masih menunggu maklum balas mereka.

“Kita dimaklumkan Jho Low berada di Hong Kong dan apabila pasukan PDRM tiba di sana, pihak berkuasa Hong Kong mendapat maklumat dia telah berlepas ke Macau melalui feri.

“Jadi kita telah menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa Macau dan jika mereka sahkan dia berada di sana, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi PDRM Berhad di Kuala Lumpur hari ini. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...