Skip to main content

Penggal Dan Bakar Kepala, "Dengar Seruan Hantu Suruh Buat".


Seorang lelaki kurang siuman bertindak kejam de­ngan memenggal dan membakar kepala seorang wanita warga emas gara-gara mendakwa mendengar seruan hantu me­mintanya membunuh mangsa.

Mangsa, Gelingi Ngaing, 75, diserang suspek ketika berehat bersama menantu perempuannya di ruang tamu rumah mereka di Rumah Panjang Lumpoh Bratong Baru, Roban di sini, pada kira-kira pukul 2.30 petang semalam.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mordani Tanin berkata, kejadian pembunuhan itu dilaporkan kepada polis oleh anak tuai rumah panjang yang bekerja sebagai pembantu kedai di bandar ini pada pukul 3 petang.

Menurutnya, polis bertindak atas laporan tersebut telah pergi ke rumah mangsa dan menemukan badan wanita warga emas itu tanpa kepala dalam keadaan tertiarap di ruang tamu.

“Pemeriksaan lanjut menemukan dua bilah parang, sebilah kapak dan satu batu pengasah di tempat mencuci berhadapan dengan jalan masuk ke rumah panjang tersebut iaitu dipercayai digunakan suspek untuk menetak mati mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mordani, polis berjaya menemukan serpihan tengkorak dipercayai milik mangsa kira-kira tiga meter dari tempat senjata ditemukan.

Katanya, siasatan lanjut membawa kepada penemuan serpihan tengkorak yang telah dibakar bersama sebuah motosikal di simpang masuk ke rumah panjang tersebut.

“Berdasarkan keterangan saksi iaitu menantu mangsa, suspek tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah dan terus melibas parang ke leher ibu mertuanya, manakala dia terselamat kerana sempat melarikan diri melalui pintu dapur,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 57 tahun yang merupakan seorang petani dan dipercayai kurang siuman berjaya ditangkap berhampiran tempat kejadian.

Tambahnya, suspek semasa disoal siasat mengaku memenggal kepala mangsa dan membakarnya bersama sebuah motosikal milik anak lelaki wanita itu de­ngan mendakwa dia bertindak demikian setelah mendengar seruan hantu untuk membunuh mangsa.

Katanya. mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat dan suspek ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Utusan Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...