Skip to main content

Pengerusi Mywatch 'Diintip' Dua Polis Mengaku Dari Bukit Aman.


SEREMBAN: "Pengalaman ditembak lima tahun lalu menakutkan dan saya tidak mahu kejadian sama berulang," kata aktivis jenayah, Datuk R Sri Sanjeevan.

Beliau mendakwa diekori dua lelaki yang disyaki cuba menculiknya di rumah di Kajang Country Heights, Selangor, kelmarin.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 12.20 tengah hari ketika kereta Toyota Wish dinaiki dua lelaki berlegar-legar di hadapan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.


Katanya, dia mendekati kenderaan itu lalu seorang daripada lelaki terbabit memaklumkan sedang menunggu rakan.

"Saya mengesyaki sesuatu sebelum memanggil pengawal keselamatan. Sebaik diperiksa, mereka mendakwa anggota polis dari Bukit Aman," katanya.

Sanjeevan berkata, jika dua individu itu polis kenapa mereka tidak memperkenalkan diri lebih awal dengan menunjukkan kad kuasa apatah lagi nombor kenderaan dinaiki berbeza di hadapan dan belakang.


"Kami hubungi Balai Polis Kajang sebelum sepasukan anggota tiba dan menahan dua lelaki itu.

"Saya mengesyaki cubaan culik susulan beberapa pendedahan berkaitan salah guna kuasa, rasuah, judi dan maksiat dibongkar sebelum ini," katanya.

Berikutan bimbang keselamatan diri serta keluarga, Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch) itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang selepas kejadian.


Menurut Sanjeevan, beliau pernah ditembak pada 2013 yang menyebabkannya koma 35 hari namun sehingga kini penjenayah itu belum dicekup selain pernah diserang sekumpulan lelaki di KL Sentral pada 2014.

"Saya juga pernah didakwa atas enam kes di mahkamah namun semuanya dilepaskan dan dibebaskan. Saya tidak tahu pihak mana lagi yang akan menjadikan saya sasaran seterusnya," katanya berharap pihak berkuasa memandang serius perkara itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat.


Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengatakan dua lelaki berkenaan adalah anggota polis.

"Berdasarkan soal siasat, kedua-dua lelaki ini memaklumkan menunggu rakan di lokasi namun kita akan menyiasat lebih terperinci.

"Polis juga akan memberikan pemantauan keselamatan terhadap Sanjeevan serta keluarga," katanya.

Keterangan gambar:

1) Sanjeevan menunjukkan laporan polis dibuat.
2) Gambar suspek dan kenderaan berada di rumah Sanjeevan yang dimuat naik di laman sosial.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...