Skip to main content

Pemandu Grab Jadi Tebusan 12 Jam


Seorang pemandu Grab terpaksa mengharungi detik menakutkan lebih 12 jam apabila dia dijadikan tebusan oleh seorang kaki judi yang menyamar sebagai penumpang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 34 tahun itu mendapat panggilan melalui aplikasi Grab dari seorang wanita di Taman Sri Perak, Jalan Perak, Jelutong di sini.

Namun, apabila mangsa tiba di kawasan tersebut, dia mendapati, penumpang tersebut adalah seorang lelaki yang meminta untuk dihantarkan ke Plaza Gurney.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membawa suspek menaiki keretanya namun diminta agar singgah sebentar ke sebuah restoran nasi kandar di Jelutong bagi membungkus makanan untuk ibunya.

“Mangsa menuruti arahan suspek dan membawanya ke rumah ibunya di Taman Sri Perak. Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa menghantarnya di Seri Tanjong Pinang. Ketika tiba di lokasi rumah tersebut, suspek meminta mangsa memberhentikan keretanya di hadapan rumah berkenaan,” katanya.

Anuar berkata, suspek keluar dari kereta mangsa lalu menuju ke jalan utama namun datang kembali bersama dua rakan lelakinya.

“Salah seorang rakan suspek memakai topi keledar dan mereka mendakwa suspek merupakan seorang anggota polis. Mangsa ditarik keluar dari kereta dan kunci keretanya dirampas. Ketiga-tiga suspek kemudiannya menyelongkar kereta mangsa lalu mengambil telefon bimbit dan dompet mangsa.

Tambahnya, lebih memalukan, mangsa dibogelkan dan dirakam gambarnya.

“Mangsa turut dibawa ke sebuah pusat perjudian di Jalan Anson dan akaun banknya digunakan suspek untuk transaksi perjudian. Kira-kira jam 3 petang, mangsa dibawa ke sebuah kedai pajak gadai dan dipaksa menjual telefon bimbitnya jenis Iphone 6s,” katanya.

Anuar berkata, sebelum suspek melepaskan mangsa, dia diugut agar tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Jelasnya, suspek berjaya ditahan jam 9.30 malam hari yang sama di hadapan pos pengawal Taman Sri Perak, Jalan Slim Jelutong.

“Ujian saringan mendapati suspek positif syabu. Suspek yang bekerja sebagai jururunding juga didapati mempunyai lima rekod jenayah. Suspek mengaku melakukan pemerasan terhadap mangsa,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...