Najib Telah Ditahan Oleh SPRM.


Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini di rumah beliau di Jalan Langgak Duta kira-kira pukul 3 petang tadi.

Menurut laporan Utusan, pihak SPRM sendiri telah mengesahkan penahanan itu adalah bagi tujuan membantu siasatan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang sedang dalam siasatan pihak mereka.

Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman pada esok.

Kira-kira pukul 2 petang tadi tiga buah kereta milik SPRM telah dilihat memasuki perkarangan rumah beliau dan telah keluar balik pada pukul 3.07 petang bersama-sama sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah yang dinaiki oleh Najib.

Sepeti yang diketahui sebelum ini Najib pernah dipanggil bagi memberikan keterangan kepada SPRM berhubung isu SRC Internasional.

Beliau tampil memberi keterangan pada 22 Mei lalu di Ibu Pejabat SPRM jam 3.15 petang selepas lebih empat jam memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Pada 24 Mei lalu, Najib memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM dan mengambil masa lebih tujuh jam berhubung siasatan kes yang sama.