Skip to main content

LGBT Haram, Itu Antara Dia Dan Allah, Kita Boleh Ambil Tindakan Kalau Mereka Terang-Terangan Beritahu - Menteri


Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilantik Menteri agama yang baru berkata isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Negara ini mempunyai hak mereka.

Menurut laporan Malaysiakini, beliau yang dikritik bersikap 'lunak' dengan golongan berkenaan berpendapat mana-mana warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan sekiranya tidak melakukan jenayah, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

Walaupun perbuatan golongan LGBT itu berdosa namun Mujahid menjelaskan, sekiranya ia tidak mencabar undang-undang negara, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan.

"Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan.

"Contohnya, minum arak berdosa, haram. Kalau dia minum secara terbuka dan berkata "suka hati aku nak minum" itu jenayah. Kerana mencabar undang-undang.

"Secara moralnya, itu dia ada dia punya ruang personal. Tetapi jangan memberi galakkan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah. Kalau di ruang personal, tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa.

Sehubungan itu, Mujahid berkata beliau akan terus melakukan dialog dan mendekati golongan berkenaan bagi memberi penjelasan bahawa perbuatan yang dilakukan mereka bercanggah dengan agama Islam.

"Di sini kita perlukan dialog. Dialog bukan bermakna menyokong. Kita tak sokong LGBT, ia perbuatan bercanggah dengan Islam, melanggar moral dan adat.

"Tetapi dengan dialog kita akan dapat banyak faedah untuk saya jelaskan pada mereka," katanya lagi.

Manakala itu, anggota parlimen Parit Buntar berkata usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) tidak substantif berbanding isu yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah.

Bagaimanapun, Mujahid berkata, terpulang kepada pihak kerajaan sama ada mahu membawa usul berkenaan di sidang Parlimen akan datang atau tidak.

"Saya rasa isu ini (RUU355) ini isu politik dan bukan substantif. Sebab isu yang substantif ialah untuk memperkasakan mahkamah syariah, bukan meningkatkan had hukum.

"Isunya ialah mempertingkatkan segala kelemahan yang ada di mahkamah syariah seperti macam mana perlu perkasakan lagi struktur proses, sumber manusia, gaji para hakim. Kan ia lebih substantif.

"Kalau tingkatkan had hukum adakah selesai isu-isu ini?" Soal Mujahid.

Ditanya lagi sekiranya ada 'harapan' usul itu akan dibawakan pada sidang parlimen yang akan bermula 16 Julai ini, Mujahid kata ia terpulang kepada kerajaan.

"Saya tak tahu. Terpulang pada PAS sebab dia mempunyai hak nak bawa (usul itu). Tapi terpulang pada kerajaan hari ini sama ada lihat ia keutamaan.

"Kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini," kata Mujahid lagi.

Usul RUU 355 atau pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 gagal dibahaskan pada sidang parlimen yang lalu.

Sebelum itu, usul berkenaan dibentang tiga kali pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada April 2016 oleh Hadi sebagai usul persendirian.

Namun pihak PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat yang lalu agar memasukkan usul berkenaan ke dalam sidang penggal ke-14.

Usul pindaan Akta 355 mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku syariah dan mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.

Hukuman sebelum ini ialah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...