Lelaki Selamba Curi Televisyen Di Pasar Raya Berjaya Di Tahan


BUKIT MERTAJAM-Seorang lelaki dikatakan nekad mencuri sebuah televisyen di kiosk pasar raya di Seberang Jaya,awal Jun lalu.Walau bagaimanapun,suspek berjaya di berkas pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata,suspek berjaya diberkas atas risikan yang dilakukan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di sebuah rumah di Bandar Perai Jaya.

Sebuan dilakukan pada jam 1.30 itu telah berjaya menahan suspek di rumah tersebut,semasa soal siasat dilakukan suspek mendakwa telah menjual tetevisyen tersebut kepada individu yang tidak dikenalinya di Butterworth dengan harga RM200.

Menurut laporan ,suspek yang berusia 35 tahun ini mempunyai rekod lampau berkaitan dengan dadah.

Aksi berani suspek telah pun berjaya di rakam oleh kamera litar tertutup CCTV di kedai berkenaan.

Kejadian itu telah disedari oleh salah seorang pekerja kiosk berkenaan yang baru sahaja mahu memulakan pernigaannya.

Tanpa rasa bersalah suspek terus membawa lari televisyen berkenaan yang dipasang di ruangan pameran kedai tersebut.