Lee Seo Won Mengaku Salah Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Wanita


BINTANG terkenal Korea, Lee Seo Won mengakui bersalah selepas melakukan gangguan seksual dan kekerasan terhadap seorang wanita pada Mei lalu.

Menuru laporan Allkpop, Lee Seo Won telah dihadapkan ke mahkamah semalam dan memohon maaf kepada semua pihak atas tindakan yang dilakukan itu.

"Selepas dari prosiding perbicaraan semalam, Lee Seo Won tampil kepada media dan memohon maaf kerana dirinya telah membuat satu kesilapan.

"Lee Seo Won memohon agar hukuman yang bakal dijatuhkan itu diringankan kerana dia tidak mampu mengawal dirinya sendiri ketika kejadian akibat terlalu mabuk," kata sumber.

Sejak tiga bulan lalu, nama Lee Seo Won menjadi topik perbincangan hangat netizen Korea kerana tindakan yang dilakukan itu amat memalukan.

Akibat daripada perbuatannya itu, kontraknya sebagai pengacara program muzik "Music Bank" turut dibatalkan serta-merta dan beberapa tawaran lakonan yang diberikan kepada dia turut ditarik balik. - Astro AWANI