Skip to main content

Lawyers For Liberty Terkejut, Mahkamah Pertahan Hakim Dalam Kes Najib


Isu pemilihan Datuk Mohd Sophian Abdul Razak sebagai hakim dalam kes melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan Malaysiakini, Peguam Lawyers For Liberty (LFL) mempersoalkan keperluan Mahkamah Persekutuan secara tergesa-gesa "mempertahankan" pemilihan Datuk Mohd Sophian Abdul Razak.

Penasihat LFL, N Surendran berkata adalah tidak sesuai bagi ketua hakim negara atau pendaftar mahkamah bertindak di bawah arahan ketua hakim negara dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Surendran merujuk kenyataan ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, yang mengatakan pemilihan Sophian dibuat secara rawak bagi mengadili kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri.

Pemilihan Sophian sebagai hakim kes itu bertukar menjadi kontroversi apabila beliau didedahkan merupakan adik kepada seorang ADUN Umno Pahang yang juga anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.

"Kami terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengeluarkan kenyataan umum berhubung perkara ini. Adalah tidak sesuai untuk Ketua Hakim atau pendaftarnya untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kenapa Mahkamah Persekutuan atau ketua hakim terburu-buru mempertahankan pemilihan hakim Sophian untuk mengadili kes itu?" kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga pihak pendakwaan atau peguam bela membangkitkan aduan atau memohon hakim disingkirkan, tidak ada sebab mengapa ketua hakim atau pegawai Mahkamah Persekutuan harus mempamerkan sensitiviti keterlaluan terhadap kritikan awam.

Ketua pendakwa raya yang juga peguam negara, Tommy Thomas sebelum ini mendakwa beliau tidak tahu mengenai perkara itu sebelum kes dibawa ke mahkamah.

Sementara itu, Presiden Badan Peguam Malaysia, George Varughese meminta Sophian agar menarik diri daripada mengadili kes itu.

Sehubungan itu, Surendran berkata hakim tidak perlu menunggu mana-mana pihak memfailkan permohonan sebelum membuat keputusan untuk menarik diri daripada kes itu.

Sebelum ini Peguam Negara Tommy Thomas tidak menyedari bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sophian Abd Razak, yang membicarakan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak, mempunyai pertalian darah dengan seorang pemimpin Umno.

Menurut The Star, Thomas memberitahu wartawan demikian selepas Najib didakwa di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, semalam.

"Ini kali pertama saya mendengarnya," katanya.

Hakim Sophian adalah adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.

Secara kebetulan, Najib juga berasal dari Pahang.

Najib didakwa semalam atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...