Jangan Takut, Saya Pemimpin Pakatan Harapan. - Amirudin Shari


Amirudin Shari yang merupakan Menteri Besar Selangor hari ini telah memberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyalahgunakan sebarang agensi kerajaan negeri untuk berkempen bagi calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

"Saya akan membantu kempen dengan bertemu 52,000 pengundi berdaftar atas kapasitinya sebagai pemimpin PKR," kata beliau ketika memberikan ucapan ketika merasmikan pusat bilik gerakan HARAPAN di Bukit Kemuning.

"Jangan takut, sya pemimpin Pakatan Harapan dan jika asa sebarang majlis kerajaan negeri sekalipun saya tidak akan campur aduk (dengan kegiatan kempen) malah tidak akan ada bendera parti," kata ADUN Sungai Tua itu.


Amiruddin juga turut menjelaskan ketika sidang akhbar bahawa beliau masih lagi tidak dibenarkan menggunakan kereta rasminya bagi bergerak untuk tujuan sepanjang tempoh berkempen.

"Tetapi isu menggunakan kereta rasmi itu bukanlah isu utama, saya tidak menggunakan sebarang agensi kerajaan mahupun memberikan wang tunai ataupun hadiah kepada pengundi," kata Amiruddin ketika diminta mengulas kedatangan beliau ke majlis tersebut dengan menggunakan kereta rasminya.

"Janganlah terlalu rigid. Mungkin lain kali saya akan datang naik basikal atau motosikal," katanya.

Malah ketika era pentadbiran BN manakala Pakatan Harapan sebagai pembangkang pun sering mengkritik parti pemerintah kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan negeri bagi tujuan untuk berkempen.

Jadi isu tersebut bukanlah satu isu utama yang penting, asalkan calon yang bertanding dapat menjalankan tangggungjawab dengan baik itulah harapan rakyat.-Malaysia Kini