Skip to main content

"Ia Tidak Benar. Saya Bertindak Ikut Undang- Undang," - Apandi


Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyangkal tuduhan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber yang mendakwanya enggan memberi kerjasama dalam siasatan skandal syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya kepada Sinar Harian, beliau pernah bertemu dengan Michael sebanyak dua kali di negara itu berhubung isu terbabit.

Bagaimanapun katanya, permohonan Switzerland pada tahun 2016 itu tidak dapat dipenuhi kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kes tersebut.

"Saya menjelaskan sekali lagi dalam kenyataan bertulis saya kepada Switzerland bahawa selaku Peguam Negara di mana siasatan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia, memenuhi tuntutan mereka adalah satu prejudis terhadap siasatan jenayah di Malaysia.

"Saya mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 20 (1) (1) Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621," katanya menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Justeru, katanya, dakwaan itu tidak berasas dan tidak adil terhadapnya di mana ia muncul ketika beliau tidak lagi menjawat jawatan Peguam Negara.

"Ia tidak benar. Saya bertindak mengikut undang- undang," katanya.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, Michael mendakwa Mohamed Apandi Ali enggan bekerjasama dalam siasatan berkaitan 1MDB.

“Sejak 2015, (kami telah) menjalankan siasatan di Switzerland dan sejak awal, kami cuba bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat, Singapura, Luxembourg.

“Dan kami juga cuba dengan Malaysia tetapi pada masa itu, pada 2016, kami disahkan bahawa peguam negara Malaysia ketika itu tidak mahu bekerjasama dengan kami,” dakwa Michael seperti dilapor Malaysiakini, hari ini.

Mohamed Apandi dilantik sebagai peguam negara pada Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang digugurkan sebagai peguam negara, sejurus sebelum beliau dikatakan mahu mendakwa perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.

Selepas BN tewas dalam PRU14 lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad, yang kembali menerajui negara buat kali kedua mendakwa Mohamed Apandi cuba menutup isu itu dan mengarahkannya bercuti sebelum perkhidmatannya ditamatkan. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...