Powered by Blogger.

Tuesday, July 17, 2018

Akaun bank Najib Tidal Dibeku Lagi


Akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan oleh pihak berkuasa mulai semalam, kata sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Sumber tersebut berkata, tindakan itu dikatakan dilakukan secara senyap-senyap, berbeza dengan publisiti siasatan terhadap Najib.

Jelas sumber berkenaan, akaun tersebut tiada kena mengena dengan politik dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Difahamkan akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan keluarga,” kata sumber itu seperti dipetik daripada laporan portal Free Malaysia Today hari ini. - UTUSAN ONLINE