Skip to main content

3 Gambar: Zoo Menipu Pengunjung Pamer Keldai Sebagai Kuda Belang,


Kaherah - Sebuah Zoo binatang dikatakan telah cuba menipu para pengunjung dengan meletakkan keldai sebagai kuda belang dengan cara melukis keldai terbabit dengan warna hitam dan putih.

Perkara tersebut telah disedari oleh seorang pengunjung yang juga merupakan seorang pelajar dikenali sebagai Mahmoud A.Sarhani yang mengunjungi tempat perlindungan haiwan yang baru dibuka di Taman Perbandaran Taman Antarabangsa.

Sarhani kemudiannya telah mengongsikan gambar 'zebra' tersebut di Facebook dan ianya telah menjadi virus yang tular di media sosial.

Melalui gambar tersebut kelihatan Sarhani yang bergambar dengan keldai yang didakwa sebagai Zebra tersebut dengan senyuman mengernyit di wajahnya seakan sudah tahu bahawa semua itu adalah satu penipuan.


Jika dilihat dengan lebih dekat 'Zebra' tersebut anda boleh perhatikan beberapa perkara yang jauh bezanya dengan Zebra yang sebenar terutamanya telinga 'Zebra' tersebut yang lebih menyerupai telinga keldai dengan gaya satelit yang lebih bulat.

Perbezaan kedua yang boleh kita lihat adalah rambut hitam jet kecil yang terdapat di atas 'Zebra' tersebut lebih besar berbanding Zebra yang sebenar yang mempunyai rambut yang lebih besar di bahagian lehernya dan bukannya di atas.

Perbezaan ketiga yang boleh dilihat adalah garis-garisnya yang jika dilihat sepintas lalu kelihatan sangat pelik dan licin di bahagian muka berbeza dengan Zebra sebenar yang jika dilihat sepintas pun kelihatan hebat dan kita semua pasti tahu serta amat menyukainya.

Sejumlah doktor haiwan di dalam negara tersebut juga telah mengesahkan bahawa haiwan berkenaan sememangnya adalah merupakan keldai dan bukannya Zebra seperti yang dipamerkan di kandang Zebra.


Walaupun terdapat bukti yang amat jelas mengenai perbezaan antara keldai dan zebra namun pengarah Taman Antarabangsa, Mohamed Sultan telah menafikan bahawa mereka melakukan penipuan tersebut.

Ini bukanlah kejadian pertama zoo telah melukiskan keldai supaya menyerupai zebra, malah zoo di Gaza juga pernah mewarnakan dua keldai putih untuk kelihatan seperti zebra pada tahun 2009.

Malah pemilik zoo di Gaza tersebut juga menegaskan bahawa mereka terpaksa menelan kos yang besar untuk menyeludup haiwan berkenaan ke Gaza kerana sekatan yang dilakukan oleh Israel bagi mengimport haiwan hidup.


Malah zoo di China juga pernah melakukan penipuan haiwan terhadap pengunjungnya dengan cuba menggantikan anjing berbulu sebagai singa pada tahun 2013.

Ketika melawat ke kandang 'singa' di zoo di Louhe, sebuah kota di Henan mereka telah mendapati bahawa 'singa' yang dipamerkan adalah sebenarnya merupakan mastiff Tibet berbulu. - Daily Mail

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...