Skip to main content

Yayasan 1Malaysia Dan Gereja Assumption Anjur Majlis Buka Puasa Antara Agama.


Sebuah gereja di Petaling Jaya hari ini menemukan individu daripada pelbagai agama pada satu majlis iftar atau berbuka puasa antara agama.

Dianjurkan Yayasan 1Malaysia dan Gereja Assumption, majlis itu turut melibatkan acara memasak dan mengagih bubur lambuk ke kawasan berhampiran serta satu forum antara agama.

Kira-kira 150 hadirin disajikan dengan makanan oleh sukarelawan di sebuah dewan di belakang gereja berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar berkata objektif utama majlis itu ialah untuk membina jambatan antara rakyat Malaysia daripada latar belakang berbeza untuk mempelajari tentang nilai positif yang wujud dalam pelbagai agama.

“Kami mahu menunjukkan bahawa berpuasa tidak hanya diamalkan umat Islam, malah ia bersifat inklusif di mana penganut agama lain juga boleh bekerjasama untuk menyediakan makanan serta menikmatinya bersama-sama selepas itu,” kata beliau.

Zuliana Hamdan, 18, berkata, ia adalah kali pertama beliau menghadiri majlis berbuka puasa anjuran sebuah gereja dan ia merupakan pengalaman bermanfaat baginya kerana beliau boleh berkongsi mesej positif di sebalik berpuasa dengan penganut agama lain.

“Bukanlah menjadi kesalahan menghadiri majlis iftar di gereja kerana umat Islam di negara Arab pun menghadiri majlis serupa di sana,” kata Zuliana yang turut menjadi sukarelawan bagi acara itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, yang menghadiri majlis itu, berkata program tersebut merupakan suatu inisiatif mulia kerana ia dapat memupuk semangat kebersamaan dan memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari tentang kepentingan Ramadan.

“Kami ingin melihat lebih banyak inisiatif seperti ini diadakan di mana manusia daripada agama berbeza dapat berbual mesra dan menjalin perpaduan melalui makanan,” katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut