Wanita Sanggup Minum Air Kencing Anjing Untuk???


Terdapat pelbagai cara yang ganjil serta pelik sering dilakukan oleh kaum wanita agar sentiasa kelihatan cantik tetapi ada juga yang sanggup mencuba cara yang menjijikkan juga untuk kelihatan cantik.

Walaupun terdapat pelbagai rawatan kecantikan pelik seperti menggunakan ikan kecil yang memakan sel kulit mati, suntikan toksik botulinum (botox) yang disuntik ke wajah kita dan melumurkan darah ke wajah untuk kelihatan lembut, anjal serta muda.

Namun berbeza pula dengan seorang wanita Amerika yang dikenali sebagai Lynn Lew apabila sanggup melakukan perbuatan yang dianggap paling pelik serta menjijikkan bagi sesetengah orang apabila dia sanggup meminum air kencing anjingnya sendiri bagi membersihkan jerawat di mukanya.

Wanita tersebut memberitahu bahawa dia mengalami jerawat yang teruk di mukanya sebelum dia mengamalkan meminum air kencing anjing peliharaannya sendiri.

"Ramai daripada anda bertanya bagaimana saya boleh kelihatan cantik, bagaimana cermin saya sentiasa kelihatan sempurna, atau bagaimana saya sentiasa mempunyai cahaya semulajadi ini," katanya.

Sehinggakan dia berasa gembira untuk berkongsikan rahsia kecantikan yang diamalkannya itu, dia kemudiannya telah bertindak mengumpulkan segelas air kencing anjingnya dan kemudian meminumnya sehingga habis.

"Ketika kali pertama saya minum air kencing anjing saya adalah ketika saya tertekan, sedih, dan mempunyai jerawat yang teruk," kata wanita itu.

Dia kemudiannya menjelaskan satu teori yang ramai orang tak tahu bahawa di dalam air kencing anjing mengandungi Vitamin A,E, dan 10 gram kalsium yang dipercayai mampu juga mengubati kanser.

Walaupun telah kita ketahui bahawa orang Cina kuno, orang Rom, Yunani dan Mesir telah menggunakan rawatan uroterapi tetapi amalan tersebut tidak disarankan oleh pakar kesihatan.

Malah tidak terdapat sebarang kajian yang menunjukkan keberkesanan atau manfaat kepada kesihatan melalui amalan terbabit.

"Ia adalah satu konsep yang pelik: Ginjal menapis darah dan cecair yang berlebihan, dan garam dan mineral yang dibuang. Titik kencing adalah untuk menghilangkan kelebihan badan. Mengapa anda menelannya?" kata Zaki Almallah, pakar urologi perunding di BMI Priory Hospital.

Beliau meneruskan, satu-satunya masa yang disyorkan secara perubatan untuk menelan air kencing adalah apabila anda terkandas tanpa makanan atau minuman selama beberapa hari. -Online News