Video Wanita Disantau Selepas Tolak Cinta Seorang Lelaki.



Indonesia - Seorang wanita telah disantau dengan teruk selepas beliau bertindak menolak cinta seorang lelaki yang meluahkan perasaan terhadapnya.

Video berdurasi 1 minit yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan tradisional memaparkan situasi mencemaskan ketika rawatan memulihkan wanita tersebut dari santau yang dihantar kepadanya.

Video terbabit dikongsikan oleh Guru Ahmad Junaidi pada Sabtu yang lalu menerusi akaun Facebook peribadi miliknya.

Manurut Guru Ahmad Junaidi, beliau telah merawat seorang wanita yang dikatakan disantau oleh seorang pemuda gara-gara selepas menolak cinta pemuda terbabit.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Firda berusia 20 tahun telah menjadi mangsa perbuatan santau oleh seorang pemuda yang bernama Danang dengan tujuan supaya Firda sukar untuk mendapat jodoh.

Selepas terkena santau yang dihantar oleh Danang, Firda dikatakan merasa benci terdapat semua lelaki yang cuba mendekatinya dan dia turut memberitahu bahawa dia sering merasakan sakit di seluruh badannya.

Menurut perawat yang merawat Firda, dia telah terkena santau rambut serta makanan malah salah satu jin yang menumpang di badan Firda tersebut memberitahu bahawa namanya adalah Kunti dan dia telah dihantar oleh tuannya bernama Danang yang berasal dari Jawa.

Ketika rawatan dijalankan, Kunti memberitahu bahawa dia sememangnya ingin pergi daripada tubuh Firda namun begitu dia takut akan tuannya serta dukun yang telah menghantarnya bagi merasuk Firda.

Oleh yang demikian bacaan ayat suci Al-Quran terpaksa dibacakan dengan tujuan untuk mengusir kedua-dua jin yang menumpang di badan Firda sehinggakan kelihatan tubuh badan Firda yang menggelupur di lantai seakan kepanasan ketika ayat-ayat suci tersebut dibacakan.

Selesai sahaja rawatan tersebut, Firda dengan serta-merta telah memuntahkan segala isi perutnya dan Guru Ahmad berdoa supaya jin-jin tersebut betul-betul telah pergi meninggalkan tubuh badan Firda dan semoga Firda dapat membukakan pintu hatinya buat lelaki di luar sana.

"Ya Allah rawatan tersebut betul-betul mempertaruhkan nyawa pengubat yang cuba memulihkan pesakit yang dirawat," kata pakar perubatan tradisional tersebut yang menetap di Kota Banjarmasin, Kalimatan Selatan.-Riauaktual.com