Skip to main content

Tabung Harapan Alasan Lengahkan Janji Manifesto. - Khairy Jamaluddin


Pemuda UMNO menyifatkan Tabung Harapan Malaysia sebagai alasan kerajaan Pakatan Harapan  melengahkan pelaksanaan manifesto seperti dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata kerajaan perlu menjelaskan niat sebenar kewujudan tabung berkenaan yang kononnya untuk membantu meringankan beban hutang negara.

"Pemuda UMNO tidak menghentam tabung itu kerana rakyat tidak dipaksa menderma untuk mengisinya, namun mesti jelaskan kenapa perlu ada tabung ini.

"Tabung itu kononnya untuk membantu bayar hutang negara seperti digambarkan kerajaan tetapi bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), ini tidak menyeluruh.

"Pemuda UMNO beranggapan Tabung Harapan hanya untuk kerajaan menyusun semula janji mereka dan itu naratif mereka kononnya (manifesto lambat ditunaikan) disebabkan hutang negara.

"Mereka gunakan alasan itu untuk menangguhkan beberapa janji," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Beliau mengulas langkah kerajaan mewujudkan Tabung Harapan yang sudah mengutip lebih RM18 juta setakat semalam, atas alasan memudahkan rakyat menderma untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda UMNO akan mengkaji dan melihat terlebih dulu berhubung pembatalan projek laluan Tren Aliran Transit Massa 3 (MRT3) dan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR).

Sebelum ini Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembentukan Tabung Harapan Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

Dr Mahathir berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

Mahathir sebelum ini mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Pemimpin kerajaan turut menyalahkan pentadbiran BN yang didakwa terlalu bergantung kepada China dan terpalit skandal 1MDB.

Tabung Harapan Malaysia dicetuskan apabila hutang kerajaan kini melebihi RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) akibat pemborosan dan salah tadbir ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional yang dikalahkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...