Powered by Blogger.

Friday, June 1, 2018

SPRM Panggil Rosmah Hadir Ke Ibu Pejabat Selasa Ini.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerahkan notis memerintah isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan berkaitan SRC International.

Menurut sumber, mengikut notis berkenaan, Rosmah perlu hadir pada Selasa minggu depan 11 pagi bagi memberi keterangan.

Katanya surat berkenaan diserahkan oleh pegawai SPRM yang mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di Jalan langgak Duta pada 4 petang tadi.

Beberapa pegawai SPRM kelihatan meninggalkan kediaman itu dengan membawa sebuah beg yang dipercayai mengandungi dokumen yang diambil dari bekas kediaman Perdana Menteri itu. - Malaysiakini