Powered by Blogger.

Monday, June 11, 2018

Niat Nak Kenakan Polis, Tapi Dia Yang Terkena... Cuba Sogok Polis Dan Rakam.


Cubaan seorang lelaki yang datang ke Ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk memberi rasuah kepada anggota polis dan merakam perbuatan itu dengan tujuan untuk memerangkap onggota berkenaan akhirnya terima padah.

Menurut laporan Utusan Online, lelaki berkenaan datang ke  IPD untuk menyogok anggota polis sebanyak RM500 bagi melepaskan rakannya yang terlibat dengan kes keganasan rumah tangga, membawa padah selepas dia ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, rakan suspek dipanggil ke IPD bagi memberi keterangan berkaitan laporan keganasan rumah tangga terhadap isterinya sebelum suspek datang berbincang dengan anggota tersebut dan menawarkan RM500 bagi menyelesaikan isu itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, anggota berpangkat sarjan ternampak sebatang pen warna hitam yang mencurigakan yang diselitkan di baju suspek sebelum menangkap kedua-dua lelaki berusia 38 dan 36 tahun itu.

“Pemeriksaan terhadap pen tersebut mempunyai kamera dan lubang mikrofon kecil yang dipercayai merekod perbualan dan perbuatan mereka,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kedua-dua lelaki tersebut ditahan bagi tujuan siasatan atas kesalahan cubaan memberi rasuah kepada penjawat awam dan pen tersebut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21(b) Akta SPRM 2009 dan kedua- dua suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah hari ini,” jelasnya. - Utusan Online