Skip to main content

Muhyiddin Ajak Gabungan Parti Sarawak Bekerjasama


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyambut baik penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan mengajak gabungan itu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (HARAPAN).

GPS diwujudkan berikutan keputusan empat parti komponen BN Sarawak - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Progressive Democratic Party (PDP) keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam kenyataan hari ini mengalu-alukan kesediaan GPS untuk bekerjasama dengan kerajaan HARAPAN demi memelihara kepentingan nasional dan hak-hak negeri itu berlandaskan perlembagaan persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

“Keputusan itu (penubuhan GPS) diharapkan dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta program-program pembangunan di Sarawak.

“Dengan semangat Malaysia Baru, keputusan keempat-keempat parti ini akan merintis jalan ke arah pembentukan negara yang lebih baik selaras dengan harapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Awal hari ini, PBB, SUPP, PRS dan PDP mengumumkan keluar daripada BN dan membentuk gabungan baharu.

Tindakan itu sekaligus menyaksikan pembubaran BN Sarawak selepas 44 tahun bersama BN Pusat.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat diambil selepas mengambil kira situasi politik semasa dan kepentingan rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, GPS tidak berhasrat menyertai PH dan akan kekal sebagai pembangkang.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, BN Sarawak memenangi 19 daripada 31 Parlimen yang dipertandingkan.- Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut