Skip to main content

Mila Jirin Berang,Netizen Fitnah Secara Terbuka


Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin yang dilahirkan pada 23 Disember 1987 ini merupakan bekas pelajar dari Akademi Fantasia musim ke lima.

Penyanyi yang berasal dari Pulau Penang ini dikatakan naik angin selepas ada segelintir pihak cuba untuk memburuk-burukkan nama baik syarikat perniagaannya melalui pakej perkahwinan dimedia sosial.

Menerusi akaun Instagramnya beliau ada mendedahkan indentiti netizen tersebut yang menggunakan nama Suesharudin mendakwa makanan yang ditawarkan oleh syarikat katering Mila Jirin tidak sedap kerana menggunakan khidmat tukang masak dari Indonesia.

Berang dengan tindakkan netizen tersebut,Mila tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang kepada individu yang memburukan nama baik syarikatnya,iaitu Bizmila Katering.

Penyanyi kecil molek ini menyatakan kepada netizen tersebut " @suesharudin awak buat fitnah secara terbuka tentang chef di @bizmilla_catering. Untuk maklumat, chef kami di BIZMILLA semuanya orang Malaysia.

"Memandangkan awak dah buat fitnah secara terbuka, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana awak telah mencemarkan nama syarikat saya.

Walau bagaimanapun,Mila telah memberikan masa 24 jam terhadap individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sekirannya dia tidak mahu bertindak sedemikian Mila tidak teragak-agak untuk membuat tindakan undang-undang.


Ianya tercetus apabila satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia menggesa supaya semua restoran di Malaysia mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing berkuat kuasa 1 Julai depan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...