Skip to main content

Masa Untuk Bersihkan UMNO Dari Politik Wang, Kroni Dan Rasuah- Dira Abu Zahar


Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan tempoh yang sangat baik untuk "detox" parti UMNO, ujar Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar.

Jelasnya, langkah "detox" berkenaan bermaksud menyingkirkan atau membersihkan isu-isu negatif yang terpalit dengan parti termasuk politik wang, kroni dan rasuah.

"Ini merupakan satu tempoh (detox) yang lama. Perubahan itu perlu juga. Kalau selama ini kita sebagai mata kerajaan sahaja, kini kita menjadi pembangkang.

"Jadi ia beri peluang UMNO untuk melihat perspektif yang berbeza tentang usaha membangunkan negara," katanya katanya semasa menjadi tetamu 100 Hari Malaysia Memilih di Astro AWANI di sini hari ini.

Justeru katanya, UMNO memerlukan muka baharu yang lebih berkaliber bagi menarik semula sokongan rakyat.

Ia berikutan katanya, individu yang dipilih perlu mampu menangani isu-isu nasional yang disifatkan sebagai antara punca utama kekalahan UMNO pada PRU14 yang lalu.

"Kita akui kita perlukan muka baharu, juga yang berkaliber untuk mewakili parti itu dalam segenap peringkat iaitu daripada bahagian, cawangan, negeri dan persekutuan kerana sekarang pasca PRU berlaku kerana kesannya sebab isu nasional juga.

"Isu nasional inilah yang menyebabkan kita gagal menawan hati rakyat. Jadi kita perlu mempunyai barisan kepimpinan yang mampu mewakili isu nasional dan parti itu sebagai parti untuk rakyat," kata beliau.

Tegasnya, dalam usaha meremajakan semula parti, UMNO perlu segera berubah dengan memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin muda memberikan pandangan serta pendapat.

"Untuk meremajakan parti, masyarakat nak tengok UMNO itu berubah wajah dan bukan ditukar terus tetapi perlu ada perubahan. Ia juga adalah satu platform yang baik untuk pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO sendiri untuk memberikan pendapat lebih berkesan.

"Kita terikat juga dengan senioriti, tetapi keadaan sudah berubah. UMNO juga kena sedar juga bahawa UMNO itu bukan untuk ahli UMNO sahaja. UMNO juga untuk masyarakat keseluruhannya," kata beliau lagi.

Pada masa sama katanya, pentingnya UMNO tidak hanya menumpukan kepada anggota parti semata-mata, sebaliknya beralih kepada isu masyarakat secara keseluruhannya.

"Kita tak boleh cakap UMNO itu untuk ahli UMNO sahaja, kita kena sedar UMNO mewakili bagaimana kerajaan itu ditadbir. Sekarang ini, semua tindak tanduk kita diperhatikan," ujarnya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...