Skip to main content

Ketua Umno Wilayah Berkata Kerajaan Cuba Wujudkan Negara Liberal.


Ketua Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata kerajaan seharusnya lebih bersikap sensitif sebelum mencadangkan Tommy Thomas sebagai peguam negara (AG).

Dalam kenyataan hari ini, Razlan turut mendakwa cadangan yang dibuat kerajaan itu adalah kerana ingin mewujudkan negara liberal.

"Walaupun ramai pendokong dasar pentadbiran Kerajaan hari ini berfikiran liberal namun perlu adil kepada DYMM Agong kerana Malaysia masih lagi terikat dengan tatasusila Perlembagaan.

"Tommy yang terkenal dengan kes pembelaan Chin Peng, seorang komunis yang dibela oleh beliau melalui buku beliau sebagai pejuang kemerdekaan," katanya.

Razlan merujuk artikel Tommy yang diterbitkan pada 2016 dengan tajuk Anything but the Law yang menggambarkan pemimpin Parti Komunis Malaya itu menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu.

"Ada banyak lagi sebab kenapa Tommy tidak sepatutnya dicadangkan untuk jawatan peguam negara, namun kerajaan memgambil risiko ini hanya kerana mahu sengaja mewujudkan polemik di dalam negara demi mewujudkan sebuah negara yang liberal.

"Saya nasihatkan kerajaan untuk terus berpegang kepada Prisip Negara yang berpegang kepada Raja Perlembagaan, dan pilihlah peguam negara yang adil dan saksama untuk menasihatkKerajaan, bukannya seorang boleh dikhuatiri peganganya terhadap perlembagaan dan kemungkinan akan membawa bahana terhadap keputusan kerajaan sekira pertembungan diantara isu agama," katanya.

Semalam, sumber yang rapat dengan kerajaan mendedahkan Tommy merupakan nama tunggal yang dikemukakan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi peguam negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan mengemukakan nama lain untuk jawatan itu.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa agar kerejaan mengemukakan nama lain dari kalangan orang Islam.

Peguam negara yang bebas

Sementara itu, Ketua Pemuda GERAKAN Andy Yong mengulas perkara itu berkata, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memisahkan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

Jelasnya, kerajaan persekutuan yang diterajui HARAPAN seharusnya meminda undang-undang untuk tidak membenarkan individu sama memainkan kedua-dua peranan kerana ia boleh menyebabkan konflik kepentingan terutamanya dalam kes yang melibatkan pemimpin berpengaruh.

"Peguam negara yang bebas merupakan perkara penting bagi memastikan keadilan bukan saja dilaksanakan tapi juga terlihat dilaksanakan.

"Seorang peguam negara yang bebas boleh berkhidmat untuk kerajaan memerintah secara berkesan, memastikan kerajaan bertindak mengikut undang-undang.

"Pendakwa raya yang bebas pula akan mampu mendakwa penjenayah, tanpa mengira latar belakang mereka," katanya dalam kenyataan berasingan hari ini. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...