Powered by Blogger.

Sunday, June 10, 2018

Jenazah Bayi Hilang Selepas 5 Hari Dikebumikan


KULIM-Baru sahaja lima hari jenazah seorang bayi perempuan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kulim,kini timbul satu kisah misteri yang menyatakan bahawa jenazah bayi itu telah hilang.

Bagaimanapun,orang ramai tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa ianya akibat haiwan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai,misteri kehilangan jasad bayi perempuan itu dimaklumkan oleh orang awan selepas terlihat kain putih yang dipercayai kain kafan berada di atas permukaan tanah perkuburan kira-kira jam 7 malam,kelmarin.

Pada hari kejadian,di masjid berdekataan telah diadakan majlis tahlil yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan.

Selepas terlihat kejadian itu,orang awam terus memaklumkan kepada AJK masjid sebelum mereka menuju ke perkarangan kubur untuk melihat kesahihanya.

Sebaik sahaja sampai diperkarangan kubur,rata-rata orang awam dan AJK masjid terkejut apabila melihat kain kafan berselerak di atas tanah.

“Mereka kemudiannya menggali semula kubur untuk mencari jenazah bayi itu namun tidak menemuinya.

Sejurus kejadian,AJK masjid meminta orang awam yang terlibat untuk membuat laporan polis bagi tidakkan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat oleh pihaknya.

Berhubungan dengan kes tersebut pihaknya mengarahkan pasukan dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi melakukan sisatan di tempat kejadian dengan bantuan imam masjid.

 Ahmad Nasir Jaafar berkata, "hasil pemeriksaan awal tersebut tidak tidak menunjukkan sebarnag tanda positif dan dipercayai adalah daripada tindakan binatang kerana terdapat kesan gigitan pada kain kafan".Sumber-Metro