Skip to main content

Janji Bonus Raya Najib Hanya Janji Kosong.


Kerajaan mendedahkan janji pemberian bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam oleh Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada Okt 2017 tiada dalam peruntukan belanjawan negara.

Dalam kenyataannya hari ini Kementerian Kewangan menjelaskan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 yang disebut Najib semasa beliau membentangkan belanjawan itu tidak lebih sekadar pengumuman biasa.

"Sebenarnya peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018. Perkara ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara," kata kenyataan berkenaan.

Justeru, kata Kementerian Kewangan, peruntukan bagi menyalurkan bayaran khas berkenaan masih perlu mendapat kelulusan parlimen.

Hal itu katanya turut disahkan oleh Akauntan Negara Datuk Saat Esa.

Peruntukan berkenaan, kata Kementerian Kewangan, perlu dibentang sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018 dan diluluskan apabila Dewan Rakyat bersidang pada Julai nanti.

"Maka, kenyataan Menteri Kewangan baru-baru ini bahawa peruntukan tambahan atau Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan untuk bayaran khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara masih perlu diluluskan dalam sidang parlimen Julai ini adalah tepat," katanya.

Bayaran yang dijanjikan Najib - ketika itu memegang jawatan perdana menteri sekali gus menteri kewangan - dinyatakan beliau pada 27 Okt 2017.

Kata Najib semua penjawat awam akan diberikan bayaran khas bernilai RM1,500 dan menerimanya dalam dua peringkat, iaitu RM1,000 pada Jan 2018 dan bakinya menjelang Aidilfitri tahun ini.

Sememangnya pada pembentangan belanjawan itu Najib membuat banyak pengumuman berkaitan insentif kewangan. Antara lain disebabkan ia adalah belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Antara janji dibuat Najib ketika itu ialah:

Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ekoran itu kata Kementerian Kewangan ada pihak berpendapat bahawa peruntukan permohonan tambahan untuk bayaran khas sempena hari raya itu memang sudah disediakan dalam Bajet 2018 kerana Najib sendiri mengumumkannya.

Menurut Kementerian Kewangan pada 30 Mei lalu pula Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penjawat awam di Gred 41 dan ke bawah akan diberi Bayaran Khas Aidilfitri sebanyak RM400, manakala untuk pesara sebayak RM200.

"Oleh sebab itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan akan memohon peruntukan tambahan bagi membiayai keperluan perbelanjaan di atas dalam sidang parlimen akan datang," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...