Skip to main content

Jamal Ucap Terima Kasih.. Jamal Menang Tewaskan Lapan Pencabar.


Datuk Seri Jamal Md Yunos berterima kasih kepada Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar kerana memilih beliau sebagai calon Ketua Pemuda Umno.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, sayap peringkat bahagian itu memberi majoriti besar kepada beliau untuk dipilih pada pemilihan sayap parti itu.

"Ini satu langkah dan petanda awal cukup baik untuk saya.

"Terima kasih, saya menang di Bahagian Sungai Besar," katanya menerusi satu rakaman video yang dihantar seorang ahlinya dalam aplikasi WhatsApp kumpulan media.

Pada mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar yang diadakan di Sekin Hotel itu, Jamal mendapat 152 undi menewaskan lapan lagi pencabarnya.

Selain Jamal, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki pula meraih sebanyak 32 undi dan Abdul Razak Mohamed Yusof mendapat tujuh undi.

Selain itu, dua undi masing-masing diperoleh Imbran Afham Armen dan Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Sementara itu, tiga lagi calon tidak menerima sebarang undi daripada perwakilan iaitu, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Wan Md Hazlin Agly Wan Hassan dan Syed Rosli Syed Harman.

Sebelum ini Salah seorang pemimpin Umno cawangan, Mejar(B) Razali Zakaria hari ini mengumumkan keluar Umno namun tidak menyertai BERSATU, sebaliknya hanya menyokong kerajaan HARAPAN di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tak..tak..saya tak masuk BERSATU..cuma kita menyatakan sokongan penuh pada Tun M.. dan mengambil pendirian untuk jadi pemerhati kepada kerajaan baru..untuk check and balance.." katanya.

Bagaimanapun, Mejar(B) Razali yang dilihat dekat dengan ketua Umno bahagian Sungai Besar yang dikehendaki polis, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau juga telah memutuskan hubungan dengan Jamal kerana tidak yakin dengannya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...