Skip to main content

Interpol Tidak Perlu Layan Permintaan Kerajaan Malaysia Untuk Tangkap Saya - Jamal


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata kerajaan Kementerian Dalam Negeri tidak perlu membuang masa meminta kerjasama daripada pihak berkuasa antarabangsa, termasuk Interpol, untuk mengesannya.

Ketua Gerakan Baju Mereha itu berkata Interpol tidak perlu melayan permintaan itu kerana beliau tidak melakukan jenayah yang mengancam keselamatan awam.

"Ia hanyalah merupakan kesalahan kecil yang saya lakukan contohnya, seperti memprotes pesta arak dengan memecahkan botol arak, di Pejabat SUK menggunakan penukul iaitu kesalahan tersebut hanya didenda tidak melebihi RM400.

"Manakala bagi kesalahan-kesalahan lain pula contohnya, mengadakan perhimpunan haram hanya didenda RM100," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Jamal membuat kenyataan itu melalui rakaman suara Whatsapp yang dihantar kepada media.

Beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada kerajaan sama ada untuk meneruskan usaha untuk kerjasama dengan Interpol dan negara lain.

Katanya, beliau masih berada dalam negara dan perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang berkata tiada rekod dirinya ke luar negara.

"Saya tidak ada masalah di mana pun mereka nak katakan saya berada yang paling pentingnya, saya tidak melanggar undang-undang negara," katanya seperti dipetik.

Pada 1 Jun lalu, polis mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli politik kontroversi itu selepas beliau menghilangkan diri semasa proses ikat jamin di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri beberapa hari sebelumnya.

Jamal didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas beliau memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.

Beliau juga disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut