Skip to main content

Hutang Negara RM1 Trilion Tidak Benar - Najib


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa hutang negara pada nilai RM1 trilion adalah tidak benar dalam catatan di Facebooknya.

Menurut laporan Astro AWANI, Najib berkata firma penarafan antarabangsa Moody’s mengesahkan bahawa hutang negara pada nilai RM1 trilion adalah tidak benar.

Menurut Najib lagi Moody’s turut menetapkan hutang Malaysia hanya pada 50.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 80.3 peratus seperti diuar-uarkan Kementerian Kewangan.

“Anda boleh mengelirukan rakyat tetapi anda tidak boleh kelirukan pakar,” katanya sambil menambah kerajaan BN sebelum ini telus dalam laporan kewangan mengikut standard antarabangsa.

“Jika kita mahu ambil nisbah yang diuar-uarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 80.3 peratus sekalipun, ia masih rendah berbanding hutang 103.4 peratus yang dimiliki pada pertengahan 1980 an.

“Nisbah itu kekal atas 70 peratus sepanjang Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika itu,” kata Najib.

Tambahnya Malaysia ketika itu tidak muflis walaupun mempunyai hutang tinggi dan tidak logik untuk hutang pada paras 50.8 peratus akan menyebabkan negara muflis.

“Ditambah hutang kita adalah 97 peratus dalam denominasi ringgit,” katanya lagi.

Moody’s Investors Service dalam kenyataan berkata ia mengekalkan anggaran hutang negara pada 50.8 peratus berbanding KDNK bagi 2017.

Penilaian terhadap risiko tanggungan luar jangka yang disebabkan oleh institusi awam bukan kewangan juga tidak berubah meskipun kerajaan pusat mempunyai kenyataan berbeza.

“Bagaimanapun projek infrastruktur yang akan disemak oleh pentadbiran, yang sudah menerima status pinjaman jaminan kerajaan sbelum ini, selain tunggakan hutang 1MDB, akan memainkan peranan penting dalam menentukan risiko tanggungan luar jangka buat Malaysia,” kata Moody’s.

Moody’s pada masa sama berkata tindakan kerajaan membatalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah negatif buat kedudukan kredit negara kerana ia akan meningkatkan kebergantungan kerajaan terhadap hasil minyak dan mengecilkan asas percukaian negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan Hutang Negara mencecah kini RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

Dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang Kerajaan Persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK.

Sebelum ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng dedah Hutang Negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

Menurut Lim Guan Eng, dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK.

“Tambahan, kerajaan komited untuk membayar hutang Jaminan Kerajaan dalam beberapa entiti yang tidak mampu membayar hutang. Ia merangkumi RM199.1 bilion atau 14.6 peratus berbanding KDNK,” katanya dalam kenyataan. - Astro AWANI,

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...