Skip to main content

Anwar Gesa Australia Hantar Pulang Sirul Isu Kes


Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menggesa Canberra menghantar pulang bekas anggota polis Malaysia yang melarikan diri ke negara itu selepas dijatuhkan hukuman gantung di atas kesalahan pembunuhan model warga Mongolia.

Sebelum ini Anwar mendakwa kerajaan Australia bersubahat dengan dakwaan skandal rasuah pentadbiran Malaysia.

Menurut laporan Berita Harian Online, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan dasar Canberra juga tercemar dalam isu membabitkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar yang dipenjarakan ketika pentadbiran Najib pada 2015 dan dibebaskan selepas pilihan raya, bulan lalu, berkata, Australia sering mengeluarkan kenyataan menyokong pentadbiran kerajaan lama.

Beliau membangkitkan kes berprofil tinggi membabitkan seorang anggota polis, Sirul Azhar Umar yang kini ditahan pihak imigresen Australia.

"Sudah tiba masa untuk Australia menerima hakikat bahawa dasar luar mereka sudah tercemar, malah ramai warga Malaysia beranggapan kerajaan Australia sama ada bersubahat atau bertoleransi amalan rasuah dan jenayah.

"Justeru, saya berharap pihak berkuasa Australia perlu memperbaiki keadaan dengan membenarkan bekas pegawai polis itu pulang.

"Beliau harus diberikan perlindungan dalam usaha mendedahkan kebenaran dalam perbicaraan baharu," kata pemimpin berusia 70 tahun itu kepada radio ABC, hari ini.

Sirul mendakwa beliau diarahkan 'individu penting' untuk membunuh model Altantuya Shaaribuu, iaitu perempuan simpanan pembantu Najib yang didakwa menguruskan komisen daripada pembelian kapal selam Perancis.

Anwar yang dijangka menjadi pengganti Perdana Menteri berusia 92 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia untuk melupakan kisah lalu kerana berpendapat hubungan dengan Australia harus lebih akrab.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop mempertahankan hubungan terdahulu Canberra dengan Najib dan memaklumkan negara itu mahukan hubungan rapat dan produktif dengan kerajaan baharu.

"Hubungan positif dan meluas dengan pentadbiran terdahulu membolehkan kita bekerjasama dalam perkara membabitkan kepentingan nasional Malaysia dan Australia.

"Kami mengelak mengganggu kedaulatan negara lain, sebagai mana kami berharap negara lain tidak campur tangan dalam hal ehwal politik kami," menurut satu kenyataan Bishop.

Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia yang mengendalikan pusat tahanan lokasi Sirul ditahan hari ini memberitahu bahawa ia tidak akan mengulas mengenai kes individu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...