Skip to main content

Aisya Asyik Menangis, Tidur Pun Kena Peluk Saya. - Ibu


"Aisya kuat lawan sikit ye trauma tu... Insyallah Aisya akan cantik seperti dulu," kata Siti Noorfadilah Yusofe dalam entri yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Siti Noorfadilah ibu kepada Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan yang dilarikan oleh seorang lelaki warga Nepal yang memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini berkata, anak bongsunya itu juga pasti akan menangis setiap kali bangun dari tidur.

"Setiap hari, bangun tidur Aisya (panggilan Nur Aisyah) mesti menangis... nak papa je. Bila tidur dia tetap nak peluk mama.

"Kalau dah menangis susah tau nak pujuk. Dia jadi manja sangat ni. Aisya memang manja dengan papa... siap tak nak tengok mama lagi. Aisya kuat lawan sikit ye trauma tu. Insya-Allah Aisya cantik macam dulu," katanya dalam laman sosial Facebook miliknya yang menggunakan nama Diela Yusofe, hari ini.

Siti Noorfadilah juga menerusi laman Facebooknya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu keluarganya ketika menghadapi berita kehilangan Nur Aisyah, awal pagi Khamis lalu.

"Sebelum lupa, nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu ketika Aisya hilang. Paling banyak beri sokongan moral ialah adik beradik dan sanak saudara, moga dapat tolong hingga Aisya keluar... polis masih suruh berjaga-jaga dengan apa yang berlaku kerana motif sebenar kejadian masih belum tahu.

"Kepada rakyat Malaysia dan jika terlupa siapa lagi, terima kasih tak terhingga, risaukan Aisya dari hilang sampai sekarang. Saya tiada harta untuk dibagi kepada semua yang baik hati tapi saya berdoa moga Allah balas jasa anda semua," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Khamis lalu, seorang bayi perempuan berusia 17 bulan dilarikan individu yang tidak dikenali yang memecah masuk rumah keluarganya.

Nur Aisyah berjaya ditemui dan diselamatkan polis kira-kira jam 3.45 petang di sebuah kawasan belukar, kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya.

Penemuan itu susulan kejayaan polis menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 25 tahun bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan, di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh, dekat sini kira-kira jam 9 pagi pada hari yang sama.

Hasil daripada penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan.

Pada masa ini Nur Aisyah masih ditempatkan di dalam wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dalam keadaan stabil tetapi masih perlu mendapatkan rawatan lanjut pakar perubatan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...